Thursday, May 29, 2008

KB Mall Di Nobat Kompleks Beli Belah Terunggul Di Malaysia


kb mall

KB Mall terpilih sebagai kompleks membeli belah terunggul di Malaysia mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di seluruh negara dalam majlis anugerah "Retail Development"(kategori kompleks membei belah) yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam pada 27 Oktober lalu.

Kejayaan tersebut juga melayakkan kompleks membeli belah yang berpusat di Kota Bharu itu mewakili Malaysia untuk pertandingan kompleks membeli belah terunggul yang akan diadakan di Belanda pada Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat, Dato’ Anuar Tan mengumumkan kejayaan tersebut dalam sesi penggulungan Perbahasan Menyokong Titah Ucapan Sultan Kelantan dalam Persidangan Kali ke 3 (Belanjawan) bagi tempoh penggal ke 4 Dun Kelantan.

Beliau menyifatkan pencapaian ini adalah pencapaian luar biasa kerana KB Mall dapat mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur seperti Sogo, Suria KLCC, Lot 10.

"Sewaktu urusetia majlis tersebut menalefon saya bagi pengesahan kehadiran, saya tidak sangka kita akan menerima anugerah seumpama itu kerena pengumuman anugerah hanya diumumkan pada malam tersebut," katanya.

Jelasnya, antara kriteria KB Mall dipilih sebagai pusat membeli belah terunggul kerana jumlah pengunjung teramai pada 2005, jumlah nilai perniagaan yang tertinggi serta sumbangannya kepada sektor pelancongan di Malaysia.

Anuar turut menyebut juri yang terlibat dalam penilaian bagi anugerah tersebut. Antara juri yang terlibat daripada tujuh orang juri tersebut ialah Tan Sri Kamarul Ariffin Mohd Yasin, Dato’ Seri Megat Tajuddin dan Dato’ Nafsiah Omar. Anugerah tersebut disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah

Jelasnya lagi, walaupun majlis tersebut turut dihadiri ramai wartawan, mungkin disebabkan Kelantan menerima anugerah kompleks membeli belah terunggul, berita mengenainya tidak diketengahkan oleh media.

Katanya lagi, pada majlis yang dihadiri kira-kira 3000 tetamu itu hanya Kelantan dihadiri oleh wakil exco kerajaan negeri.

"Sewaktu Kelantan diumumkan sebagai pemenang, semua hadirin bertepuk tangan, kira-kira lima minit. Saya pun hairan kenapa kita mendapat tepukan yang begitu gemuruh.

"Saya berpendapat ini merupakan pencapaian yang amat baik. Dan pada bulan hadapan ‘wau bulan’(simbol KB Mall) akan terbang ke Belanda dan Kelantan akan dikenali dalam peta pelancongan di Malaysia.

"Kita berpijak di bumi yang nyata dan jangan terlalu berangan-angan. Biarlah apa yang kita lakukan itu untuk rakyat seluruhnya"katanya.

Sementara itu, sewaktu ditanya oleh Speaker sama ada pihak KB Mall akan mengadakan majlis bagi meraikan kejayaan tersebut, jelas Anuar, majlis tersebut akan diadakan dalam suasana meriah.

"Pihak pengurusan KB Mall telah menyampaikan kepada saya, majlis tersebut akan menjadi satu majlis yang ‘grand’ dan dijemput semua rakyat Kelantan untuk meraikannya," katanya yang disambut tepukan gemuruh ahli Dun yang lain.

Sumber - Harakah

Kobis


Kobis atau nama sainsnya Brassica oleracea yang berasal dari pertengahan Mediterranean ( Ibid :hlm 5 ) . Pokoknya rendah sahaja , mempunyai batang yang lembut dan hanya dilitupi oleh dedaun hijau. Ia memerlukan masa yang agak panjang untuk mengeluarkan putik kobis. Selang beberapa bulan barulah ia boleh dipetik dari pokoknya.
Kobis menjadi kegemaran rakyat seluruh dunia. Sesetengah orang berpendapat bahawa namanya ( cabbage ) berasal dari perkataan Latin di zaman Rom Purba yang membawa maksud ‘kepala’. Sungguhpun ia adalah sejenis sayuran, namun terdapat banyak nilai perubatan daripadanya. Ia telahpun diceritakan sejak berzaman oleh Hippocrates, Aristotle dan Pliny. Pada masa itu, orang Rom menggunakan kobis untuk mengubati sakit kepala, insomnia, memberhentikan pendarahan pada kulit dan mengurangkan sakit ketika bersalin.

Khasiat Kobis
Pada masa ini , perubatan moden telah menyokong pendapat lama tersebut. Para saintis telah membuktikan bahawa kobis mempunyai bahan yang menambahkan kekalisan tubuh manusia dan memberhentikannya menjadi tua sebelum masanya. Kobis kaya dengan vitamin C daripada epal, pir dan pisang. Dengan hanya memakan sejumlah 20 gram kobis mentah sudah cukup menampung keperluan harian vitamin C untuk orang dewasa.
Eleman mikro yang terdapat pada kobis menentukan metabolisme yang sungguh bernilai kepada manusia semasa mengharungi usia. Ia juga penting untuk pertumbuhan organisme kanak-kanak. Sesetengah daripada kompenan yang terdapat pada kobis dapat mencegah tompok-tompok pada dinding vaskular dan mengurangkan batu pada buah pinggang.
Selulosa pada kobis amat berguna untuk kesihatan manusia. Pertamanya ia menghapuskan kolesterol dan dapat mengawal arterosklerosis. Di samping itu ia juga mencegah penerimaan karbohidrat yang berlebihan dan secara tidak langsung mengawal diabetes. Dedaun hijau kobis muda sangat berharga kepada sesiapa yang menghidap anemia kerana ia mempunyai jumlah vitamin yang paling banyak.
Satu lagi bahan yang berharga terdapat pada kobis ialah asid tartronik. Ia menghalang penukaran gula dan karbohidrat manakala yang lain menjadi lemak. Maka ia sesuai untuk amalan menjaga berat badan dengan hanya memakan salad kobis setiap hari. 100 gram kobis menghasilkan hanya 30 kilokalori. Dengan mempunyai nilai kalori yang minima ini, kobis mempunyai nilai biologi yang maksima. Sebagai tambahan, ia menghasilkan perasaan kenyang yang berpanjangan dan mudah di hadam.Para doktor mandapati bahawa jus kobis segar membantu menyembuhkan ulser perut dan duodenal serta mengubati gastrik. Para saintis juga dapat mengasingkan kompenan baru dari kobis segar yang mengandungi faktor anti ulser.
KOBIS
Brassica oleracea merupakan nama sains bagi bunga kobis dan sayur ini berasal dari keluaraga Brassica. Sayur ini mengandungi belerang, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati
penyakit ulser dan barah malahan juga berkesan untuk mengubati masalah –masalah lain di usus.
Kobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B- Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. Amalan memakan kobis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.

Nikmat rakyat Selangor yang tidak dikecapi dalam pemerintahan BN

Adnan Ibrahim
Thu | May 29, 08 | 3:53:24 pm MYT

Pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menyiasat penglibatan samseng yang memukul penduduk hingga berlaku tragedi berdarah, sama ada ia turut melibatkan syarikat konsesi lebuh raya Cheras-Kajang atau tidak, sangat dialu-alukan rakyat.

Kes orang awam kena pukul oleh semseng yang diupah syarikat pemaju atau konsesi memang sudah menjadi perkara biasa dalam pemerintahan BN.

Sebab itu pemerintah BN memang terkenal dengan berleluasanya mafia yang `mencari makan' dengan golongan kapitalis untuk mengugut dan memukul orang awam yang dikatakan menggangu urusan `pembela' mereka.

Malah bagi bukti penglibatan semseng dengan pemaju amat sukar kerana ia dilindungi sama ada pihak berkuasa atau pengaruh kerajaan sendiri. Walaupun perkara ini juga berkait dengan unsur rasuah atau imbuhan lumayan bertujuan tutup mulut dan putar belit kejadian sebenar.

Bagi menjaga kepentingan kapitalis ini, tidak hairanlah orang awam turut dipukul oleh pasukan keselamatan. Polis yang hadir sepatutnya bertindak menjaga keselamatan apabila ada perhimpunan sebaliknya mereka bertindak di luar etika memukul orang awam.

Dalam kes 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membelasah remaja Chang Jiun Haur dengan cota dan ditendang sehingga berdarah, memang boleh berlaku kerana dasar seumpama itu masih lagi menguasai Kerajaan Pusat.

Chang Jiun, 21 dikatakan hadir di tempat pembinaan benteng konkrit dekat Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi bersama adik perempuannya dan dua lagi rakan lelaki.

Ketika memandu keluar dari tapak benteng tersebut pada kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, kereta beliau dikepung oleh anggota polis yang sebelum ini, menyeleraikan pergaduhan membabitkan penduduk BMC.

Alasan beliau dipukul kerana didakwa melanggar anggota FRU. Bagaimanapun, seorang pegawai polis yang membawa Chang ke Hospital Kajang berkata tidak seorangpun anggotanya dilanggar oleh kereta remaja itu.

Sementara media elektronik dan akhbar 'mainstream' secara besar-besaran serta menjadi berita utama melaporkan remaja terbabit melanggar anggota FRU dengan keretanya.

Laporan yang sering kali menyalahkan orang awam apabila berlaku tragedi sedemikian tanpa usul periksa memang kerap berlaku. Malah penduduk yang dipukul samseng juga dilaporkan secara memutar belitkan kejadian dengan menuduh penduduk bergaduh dengan pekerja.

Akhbar berbahasa Cina melaporkan lebih daripada 10 orang cedera parah dalam kejadian pergaduhan samseng dengan penduduk tersebut.

"Mereka terus menyerang penduduk terbabit. Kira-kira 10 orang dipukul dan tiga daripadanya adalah wartawan. Kamera juga turut dirampas," dakwa Pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan BMC, Tan Boon Hwa.

Penduduk BMC, Chin Kee Chong patah tangan kanannya serta turut cedera di bahagian kepala, manakala seorang lagi penduduk, Lee Ah Seng, cedera parah di kepalanya yang memerlukan tujuh jahitan.

Akhbar Inggeris ada menyiarkan jurugambar Utusan Malaysia, Roy Azis Abdul Aziz dipukul ketika beliau cuba mengambil gambar pergaduhan tersebut.

Sebaliknya media memanipulasikan berita mengatakan wartawan dipukul penduduk dan kemera mereka dirampas.

Bagaimanapun penduduk Selangor kali ini sangat bersyukur mempunyai pemerintah yang prihatin tentang nasib dan maruah mereka yang diaibkan sedemikian rupa.

Hal seumpama ini tidak berlaku dalam pemerintah Barisan Nasional (BN) yang lebih memihak kepada pemaju bila berlaku konflik antara kedua pihak.

Nikmat hidup sebagai rakyat yang dihargai pemerintah mula terasa sejak pakatan rakyat mengambil alih pemerintahan selepas pilihan raya umum lalu. Inilah pentingnya menyokong kerajaan berjiwa rakyat.

Kebahagian seumpama ini hanya dapat dikecap semasa pemerintahan khalifah Umar apabila mengarahkan tentera memerangi Yahudi yang mempersendekan dan mentertawakan seorang muslimat yang auratnya terdedah dikalayak ramai di pasar.

Wanita tersebut merasa terhina dan maruahnya dicabar lalu mengadu kepada pemerintah Umar. Lalu Umar mengarahkan tentera tersebut bertujuan memberi peringatan dan pengajaran bahawa rakyat di bawah pemerintahan Islam akan dibela maruah dan keaiban mereka.

Ini contoh negara Islam dan perkara inilah yang perlu diteladani oleh pemerintahan pakatan rakyat.

Dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan Selangor, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan menyiasat hubungan kumpulan samseng yang didakwa diupah oleh syarikat konsesi lebuh raya Cheras-Kajang sehingga menimbulkan ketegangan berdarah di BMC.

"Kerajaan negeri akan memanggil (mesyuarat agung tergempar atau EGM) untuk membuat audit terhadap Grand Saga Sdn Bhd untuk mendapatkan penjelasan aliran kewangan untuk mengupah samseng tersebut," kata Abdul Khalid.

"Jika ada bukti syarikat (konsesi lebuh raya) tersebut ada berbuat demikian, kerajaan percaya pegawai-pegawai termasuk pengarah syarikat boleh dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencedera," kata Abdul Khalid di Shah Alam, semalam.

Khalid berkata Selangor tidak boleh mengetepikan hak orang awam walaupun anak syarikat kerajaan negeri memiliki saham dalam Grand Saga.

Wednesday, May 28, 2008

Ladang gaharu 1,000 ekar di Gua Musang


KOTA BHARU, 26 Mei (Hrkh) - Kelantan mungkin menjadi negeri pertama di negara ini yang meneroka secara komersial industri gaharu memandangkan ladang seluas 1,000 ekar sudah ditanam dengan pokok tersebut di Gua Musang.

Pokok gaharu atau lebih dikenali sebagai depu akan meningkatkan lagi pencapaian Kelantan dalam bidang biotek.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa berkata, pokok depu mampu mengeluarkan hasil sehingga mencecah RM2 juta setiap satu ekar dalam tempoh 10 tahun.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Menceburi Industri Gaharu, di sebuah hotel di sini, semalam katanya tanaman pokok depu juga secara tidak langsung dapat mengekalkan alam semulajadi.

Seramai 50 peserta yang terdiri dari golongan profesional dari beberapa negara termasuk Yaman dan Brunei hadir pada seminar berkenaan.

Husam berkata, setiap satu ekar ditanam sebanyak 400 pokok depu.

�Kerajaan negeri juga akan mengeluarkan sijil khusus sebagai hak pemilikan ladang terbabit kepada pengusahanya bagi membolehkan sebahagian tanah tersebut dijual pada harga minimum,� ujarnya.

Berucap sebelum itu beliau memberitahu kerajaan negeri akan memberi penerangan kepada rakyat mengenai potensi pokok tersebut memandangkan pokok depu mempunyai dua kategori iaitu bermutu dan tidak.

�Kita tidak mahu mereka menanam pokok begitu sahaja tanpa mendapat ilmu khusus, nanti apabila sampai tempoh 10 tahun, tiba-tiba pokok itu rupanya tidak bermutu,� katanya.

Beliau juga berkata, penanaman pokok depu perlu dilaku secara komersial dan bukan lagi mengekalkan kaedah tradisional memandangkan permintaannya begitu tinggi.

Saturday, May 24, 2008

Bumi akan musnah pada 2019


Berita ini adalah sebuah berita lama, tetapi sekadar peringatan kembali dan info kepada yang masih tidak tahu. Sama ada akan berlaku atau tidak, NASA telah meramalkan bahawa Bumi ini akan musnah pada 1 Februari 2019. Sekumpulan saintis yang menggelarkan mereka LINEAR team telah menemui asteroid bernama 2002 NT7 pada 9 Julai 2002. Ukur lilitnya sebesar 1.24 batu dan kekuatan hentamannya lebih kurang 1 juta megaton letupan, cukup untuk memusnahkan sebuah benua.

Pemerhatian terus dibuat terhadap asteroid ini dan ianya mungkin akan dilaporkan dari semasa ke semasa. Walaubagaimana pun tahun 2019 masih jauh di hadapan, ada lagi yang perlu dibimbangkan iaitu George W.Bush atau Korea Utara atau mana-mana negara memulakan Perang Nuklear.

Apa-apa pun hanya Allah S.w.t Yang Maha Mengetahui. Saintis-saintis hanya meramalkan hentaman dari asteroid itu mengikut ujikaji semasa dan mungkin akan berlaku dan mungkin tidak. Semoga ianya menjadi tanda peringatan kepada diri kita yang sentiasa lalai dengan kehidupan dunia.

Friday, May 23, 2008

Khutbah 'cinta terlarang' mahu ubah perspektif umat Islam?

Khutbah Jumaat di masjid hari ini membawa tajuk berjiwa remaja iaitu `Cinta Terlarang'. Tajuk ini juga sering kali diguna penulis cereka seperti novel dan cerpen atau skrip drama.

Apa maksud pihak berkuasa agama menggunakan tajuk tersebut? Mungkin juga satu provokasi untuk menarik jemaah masjid lebih mendengar khutbah daripada tidur di samping menarik remaja mengikuti kandungan khutbah yang disampaikan.

Apa yang pastinya dibarisan depan jemaah solat ramai golongan berusia berbanding golongan belia yang lebih suka duduk di belakang. Kemungkinan juga tajuk yang digunakan sebagai pendekatan di masa akan datang untuk menarik golongan belia lebih ke saf depan dalam masjid.

Bagaimanapun pengertian daripada khutbah yang ingin disampaikan katib itu lebih diberi keutamaan walaupun ia nampak tidak serius.

Perkara utama yang sukar dirungkai dalam masyarakat sekarang ialah bagaimana untuk mengatasi masalah manusia bercinta sehingga mengundang kemungkaran. Hal ini turut berlaku yang amat ketara dalam masyarakat umat Islam.

Umat Islam sekarang yang mudah menerima pemikiran Barat menjadikan cinta bermasalah itu walaupun dilarang dalam Islam sebagai satu budaya hidup malah setiap cara serta susun atur kehidupan lebih berlandaskan kepada menteliti tersebut.

Terutamanya perspektif bercinta sebelum kahwin dan di alam pertunangan. Ia seolah-olah telah menjadi lumrah dan perkara biasa dalam masyarakat umat Islam. Sedangkan apa yang diberitahu oleh khutbah tersebut cinta seumpama itu adalah terlarang.

Perkara inilah yang cuba dirungkaikan supaya umat Islam menjadi insan yang bermoral dan berakhlak tinggi. Katib bertanggung jawab menyampai dan menyelar perbuatan serta amalan terlarang itu. Tetapi apakah katib mampu mengubah amalan yang telah menjadi budaya dalam kehidupan seharian orang Islam?

Kata katib ketika menyampaikan khutbahnya di Masjid Sungai Mulia, cinta tersebut merupakan perkara yang dilarang dalam Islam. Cinta yang diberikan oleh Allah kepada insan adalah satu kemulian sebaliknya manusia menjadikan cinta itu sebagai tempat memuaskan hawa nafsu mereka.

"Cinta itu baik jika digunakan pada tempat yang baik sebaliknya ia jadi mungkar apabila digunakan pada tempat yang tidak baik," ujarnya. Ramai umat Islam yang kecundang dalam permainan perasaan ini kerana insan berlainan jenis yang tidak halal apabila berduaan akan datang yang ketiga iaitu syaitan.

Pihak berkuasa agama bertanggung jawab menyampaikan dakwah untuk mengubah perspektif yang telah lama tertanam dalam pemikiran umat Islam. Bagaimanapun ia bukanlah satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi peranan televisyen yang sering menayangkan filem serta drama yang bentuknya bercanggah dengan agama.

Khutbah hanya mampu disampaikan seminggu sekali. Tajuk khutbah minggu depan lain pula yang ingin disampaikan. Sedangkan televisyen boleh dikatakan setiap hari menyiarkan drama bercinta sebelum kahwin.

Akhirnya pihak berkuasa agama kalah. Jadi sebaiknya pihak berkuasa agama yang ada kuasa gunalah kuasa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zahid Hamidi ada. Janganlah hanya puji idea pembangkang bagus di Dewan Rakyat sedangkan pelaksanaannya tidak berlaku.

Pandangan pembangkang terutama PAS dalam soal agama bukan baru di parlimen. Tetapi sampai sekarang tidak ada tindakan terutama dalam pendekatan selari kementerian dalam menangani keruntuhan moral dan gejala akhlak.

Selagi keadaan ini tidak tercapai selagi itulah masalah tidak boleh diatasi. Perkara ini pernah ditegaskan oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dahulu di Dewan Rakyat.

Walaupun kementerian pendidikan dan jabatan perdana menteri bahagian agama mahu mewujudkan manusia berakhlak sebaliknya kementerian lain terutama penerangan tidak bertindak selari malah lebih cenderung kepada hiburan yang akhirnya melalaikan manusia.

Guru turut terganggu baju kurung putih yang terlalu jarang

Munirah Bahari
Fri | May 23, 08 |

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada cadangan awal untuk menilai pakaian pelajar perempuan di sekolah yang perlu dinilai semula.

Masyarakat perlu mengetahui dan melihat bahawa cadangan ini dibuat hanya kepada pelajar perempuan Islam sahaja. Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah berteraskan kepada lima asas yang utama.

Pertamanya, isu ini bukan mahu menyalahkan pelajar perempuan, akan tetapi ia sebagai salah satu kaedah pencegahan (sad zarai'ik) di dalam Islam supaya pelajar perempuan tidak terdedah kepada ancaman luar dan masalah sosial akibat daripada pemakaian yang terlalu jarang.

Langkah pencegahan ini sangat penting supaya mereka bebas daripada ancaman persekitaran mereka.

Keduanya, cadangan penukaran pakaian berwarna ini ditujukan kepada pelajar Islam, supaya cara pemakaian pelajar Islam selarii dengan Syariah dan tuntutan Islam itu sendiri.

Dalam Islam, baju kurung sahaja tidak lengkap jika masih menayangkan tubuh badan. Pemakaian baju kurung kepada pelajar bukan Islam bukanlah satu paksaan kepada mereka, akan tetapi mereka yang berminat memakai baju kurung berwarna sangat digalakkan.

Asas yang ketiga ialah, ramai guru turut mengeluh sebenarnya kerana pemakaian pelajar perempuan yang terlalu jarang menyebabkan tumpuan guru terganggu. Ini akan menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada guru-guru tersebut.

Keempat, peranan ibu bapa sangat penting dalam urusan persekolahan pelajar di mana ibu bapa juga berperanan memilih pemakaian yang sesuai untuk anak-anak mereka.

Asas yang terakhir ialah PKPIM tidak menuduh persepsi lelaki Malaysia semua sebagai mata keranjang akan tetapi secara fitrahnya mata lelaki akan mudah teransang dengan pemakaian yang seksi atau yang tidak menutup aurat. Apatah lagi yang melihatnya nanti guru- guru yang bertanggungjawab mendidik mereka.

PKPIM berpandangan bahawa pakaian awam ini merupakan salah satu faktor daripada banyak faktor-faktor lain yang menyumbang kepada jenayah seksual.

Tidak semua mereka yang berpakaian tidak menutup aurat atau terdedah itu semestinya menjadi mangsa, akan tetapi merupakan salah satu daripada faktor menyumbang kepada masalah gangguan seksual.

Selain itu juga, pakaian yang terdedah itu turut menimbulkan rangsangan kepada lelaki-lelaki di persekitarannya.

Sebenarnya, penjenayah itu dapat melihat dan teransang daripada orang yang tidak memakai tudung berbanding mereka yang bertudung atau menutup aurat. PKPIM juga tidak menafikan bahawa mangsa jenayah seksual ada terdiri daripada mereka yang bertudung dan menutup aurat, di mana penjenayah tidak mengenal mangsanya.

Tetapi hakikatnya, penjenayah seksual ini telah didedahkan dengan faktor-faktor seperti imej lucah, imej tidak menutup aurat di media, internet, vcd lucah dan sebagainya.

PKPIM bertegas bahawa imej-imej lucah, pendedahan aurat, etika berpakaian ini merupakan antara salah satu faktor menyumbang kepada masalah ini.

PKPIM mengharapkan Kementerian Pelajaran dapat mempertimbangkan cadangan ini dan dinilai kembali kerana ia sangat penting kepada semua. Semoga usaha ini mendapat sokongan daripada pihak luar.

---

Munirah bt Bahari ialah Naib Presiden HEWI, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Thursday, May 22, 2008

Renaissance Kota Bharu Hotel


Featuring a seamless blend of comfort and modern technology, this attractive property welcomes you for unforgettable stay at Kota Bharu.

Location
Situated in Kota Bharu, the Renaissance Kota Bharu Hotel is within easy reach of the central business district, the airport, shopping, restaurants and entertainment. This property is a kilometre from the city centre and 10 kilometres from airport.

Rooms
This hotel boasts 298 elegantly designed rooms that have been equipped with latest amenities to ensure you a comfortable and pleasant stay.

Restaurant
The Dynasty Chinese Restaurant serves delicious breakfast, lunch and dinner. The Palm Terrace Cafe offers a la carte dishes for breakfast, lunch and dinner. You can also unwind with a fine drink at the cocktail bar.

General
This hotel offers 4 well-equipped meeting rooms that cater to your important business and private events. Leisure facilities include gymnasium, sauna, swimming pool an

Wednesday, May 21, 2008

MP Tumpat gesa mutu perkhidmatan kereta api diperingkatkan

Roy Rasul
Wed | May 21, 08

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Sesi soal jawab dalam Persidangan Dewan Rakyat hari ini dimulakan dengan soalan oleh Dato' Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) kepada Menteri Pengangkutan berhubung rancangan terkini Kementerian untuk menaikkan taraf perkhidmatan kereta api ke negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

Dalam ucapan beliau terhadap soalan tambahannya, Kamarudin berkata, kereta api adalah pengangkutan yang amat penting dari dulu hingga sekarang dan ahli-ahli parlimen diberikan pas percuma untuk menaikinya.

Katanya, pada hari ini pengangkutan kereta api di seluruh dunia dianggap cukup penting tetapi pengakutan kereta api di Malaysia tarafnya menurun.

"Dari statistik yang saya ada menunjukkan penumpang bagi perkhidmatan Ekspres Rakyat pada tahun 1990 ialah 833,000 tapi pada tahun 2004 hanya 270,000 yang menggunakan perkhidmatan Ekspres Rakyat.

"Masa dari Tumpat ke Kuala Lumpur ialah di antara 13-14 jam sedangkan pada hari ini hanya memerlukan lima hingga enam jam.

"Ini membuktikan perkhidmatan keretapi amat rendah nilai dan mutunya, tol tinggi dan sebaginya amt menyusahkan rakyat," katanya.

Begitu juga katanya di Terengganu, walaupun wang royalti Petronas RM7 juta tetapi tidak ada satu pun stesen kereta api di sana.

Sehubungan itu katanya, bilakah perubahan besar-besaran akan berlaku dalam sistem pengangkutan Kereta api Tanah Melayu di negara ini.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Panglima Lajim Ukin semasa menjawab soalan berkenaan berkata, perkhidmatan kereta api rugi disebabkan jalan raya cukup baik dan kerana itu penumpang tidak menggunakan kereta api lagi.

Katanya, kerugian perkhidmatan kereta api dari tahun 2001 ialah RM188 juta setahun, 2002 meningkat RM140 juta. Pada tahun 2003 RM131 juta dan 2004 turun RM87 juta. Tahun 2005 balik kepada RM131 juta dan tahun 2006 turun RM104 juta serta tahun 2007 RM116 juta.

Dengan itu katanya kementerian bercadang untuk memperbaiki perkhidmatan terutamanya untuk menggantikan coach-coach atau kereta api lama.

"Namun demikian permohonan untuk mendapat dana bagi membeli coach baru, kementerian belum menerima jawapan sama ada lulus atau tidak," katanya.

Sementara itu menjawab soalan asal, Lajim berkata, kementerian pengangkutan sedang melaksanakan projek bagi meningkatkan tafar kemudahan penumpang di dua buah stesen sedia ada iaitu di stesen Tanah Merah dan Kuala Krai.

Katanya, kementerian membina tiga buah stesen baru di Kelantan iaitu di Wakaf Bharu, Pasir Mas dan Gua Musang dan ia dijangka siap pada suku keempat 2008 ini. - mns

Tuesday, May 20, 2008

Suatu pagi di kuala berlumpur

LanH

Saya bukan orang asal KL. Saya orang luar yang mencari rezeki di KL. Semasa kanak-kanak, salah satu impian saya adalah berkunjung ke KL. Hasrat itu tercapai ketika usia saya 9 tahun. Saya ke KL, ikut rombongan orang kampung. Tempat dilawati Muzium Negara, Masjid Negara dan Zoo Negara. Sekali pun sudah terlalu lama, kenangan itu masih segar di mata. Tetapi saya tertanya-tanya di mana kuala berlumpur itu?

Pada pagi Isnin, 11 Jun lalu, selepas turun dari bas ekspres berhampiran Pasar Seni, saya yang menyusuri tebing Sungai Klang untuk ke Stesen LRT Masjid Jamek, terkejut melihat �suasana kelam-kabut� di jalan raya dan bangunan berhampiran sungai.

Sampah-sarap dan lumpur memenuhi tempat tertentu. Pekerja bertungkus-lumus membersihkan jalan raya. Semakin hampir ke stesen LRT, keadaan kelihatan semakin kecoh. Sampah-sarap dan lumpur semakin banyak. Apa sudah jadi dengan KL? hati saya tertanya-tanya.

Di seberang Sungai Klang, saya lihat sebahagian tembok Masjid Jamek runtuh. Beberapa bongkah batu daripada tembok itu bertaburan di tebing sungai. Beberapa batang paip � pada anggapan saya paip air � tercabut dan kelihatan lintang pukang di tepi tembok runtuh itu.

Ramai sungguh pekerja di pekarangan Masjid Jamek. Ada memeriksa tembok runtuh. Ada menyapu sampah-sarap. Ada menyodok kotoran dan lumpur tetapi yang paling ramai sedang membersihkan lantai masjid.

Berhampiran stesen LRT, saya lihat seorang pekerja mengalihkan sampah-sarap yang bertimbun. Saya pun menghampirinya dan bertanya, apa sudah jadi dengan KL. Dia acuh tak acuh, jadi saya tinggalkannya. Mungkin dia sibuk dan tidak ada masa untuk melayan saya.

Selepas melepasi �pintu tiket�, saya �tumpang semangkuk� perbualan rancak seorang petugas LRT berunifom dengan rakannya mengenai apa yang kemudian saya difahami �banjir besar' di KL�. Dari tempat perbualan itu nampak jelas Sungai Klang di bawah dan Masjid Jamek di seberang sungai.

Selepas rakannya �blah� saya pun mengajukan pelbagai soalan kepada petugas beruniform itu. Maklumlah, bukankah saya seorang wartawan! Perasaan ingin tahu itu (menyibuk) sentiasa bersarang di hati.

Sebagai �orang luar�, saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di KL pada hari sebelumnya (Ahad, 10 Jun). Petugas itu menerangkan pada hari itu KL, khasnya di kawasan pertemuan Sungai Klang-Gombak (daripada lokasi pertemuan dua sungai inilah asalnya nama Kuala Lumpur), telah dilanda banjir yang agak besar.

Sambil berbual itu, petugas itu menunjukkan kepada saya tanda ukur di Sungai Klang. Beliau mendakwa paras air mencapai 30 kaki iaitu angka paling tinggi pada pengukur itu. Lantai Masjid Jamek dan lantai bahagian bawah stesen LRT ditenggelami air, dakwanya.

Saya bertanya kesan teruk banjir itu. Petugas itu mendakwa beberapa kereta dihanyutkan air ke pekarangan Masjid Jamek. Bagaimanapun, disebabkan banyak halangan seperti pokok dan tembok, tiada kereta yang terhumban ke dalam Sungai Klang.

Beberapa kereta tersangkut dengan bahagian tertentu diseliputi sejadah, mungkin dari masjid, katanya. Beliau memberitahu karpet masjid rosak dalam kejadian itu.

Petugas itu memberitahu saya, tembok masjid itu pernah runtuh dalam satu kejadian yang hampir sama pada 2003. Tetapi kali ini lebih teruk, katanya, menunjuk kepada bongkah batu yang terjatuh.

Selepas berbual, saya bergegas untuk menaiki tren. Aduh, tangga bergerak tidak berfungsi. Maka terpaksalah saya �menapak�. Tinggi pula tu! Demikianlah, setiap kali kejadian seperti banjir, orang awamlah yang paling menderita.

Jika untuk menaiki tangga saja, saya sudah mengeluh, bagaimana nasib pekedai, dan golongan lain yang kerugian beribu-ribu ringgit akibat banjir itu!

Di pejabat, 'banjir besar' KL menjadi perbualan hangat. Ramai yang marah dengan menteri yang heboh dengan projek SMART.

Seorang rakan memberitahu rumahnya pun dimasuki air. Syukur, tidak tinggi sangat, jadi sempatlah dia menyelamatkan peralatan dalam rumah seperti peti TV.

PM Abdullah Ahmad Badawi pun marah pasal banjir itu. Seorang rakan berlawak, Pak Lah tak patut marah sebab KL itu adalah singkatan Kuala Lumpur. Biasalah di kuala pertemuan Sungai Klang/Gombak, lumpur akan 'naik' sekali-sekala. Tepatlah namanya yang menggambarkan kuala berlumpur.

Beliau meneruskan lawaknya; kalau tak nak lumpur, namakan saja ibu kota Malaysia ini sebagai Kuala Selamat, Kuala Bersih atau susah sangat Kuala Hadhari! Geram dan sakit hati juga saya mendengar lawak tak bertempat ini!

Bertatu dilarang

JIKA ditinjau dari aspek sejarah, masyarakat Melayu dahulu sangat menyanjungi adat resam, malah pada satu tahap menjadikannya sumber hukum dan kerana itu tidak hairanlah ada peribahasa 'biar mati anak jangan mati adat.'

JIKA ditinjau dari aspek sejarah, masyarakat Melayu dahulu sangat menyanjungi adat resam, malah pada satu tahap menjadikannya sumber hukum dan kerana itu tidak hairanlah ada peribahasa 'biar mati anak jangan mati adat.'

Bagaimanapun, mutakhir ini adat resam semakin dilupakan, dek terkesan dengan gelombang modenisasi dan pengaruh budaya Barat. Cuma yang masih ketara di kalangan masyarakat hingga kini ialah dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.


Bagi bakal pengantin, adat berinai masih diamalkan, sekali gus menunjukkan ia boleh bertahan dan meneruskan kelangsungan warisan adat resam Melayu, walaupun ada sesetengah pihak mengamalkannya secara sederhana.

Penceramah agama, Mohd Rani Awang Besar, berkata umumnya adat resam yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam boleh diamalkan.

Malah, menurutnya, adat yang baik mencerminkan identiti dan warisan bangsa sesuai dengan agama wajar dipertahan serta diamalkan.

"Berinai pada dasarnya adalah harus dan tidak menjadi kesalahan selagi ia tidak menggunakan bahan dilarang agama dan tidak menyerupai kaum bukan Islam.

"Tidak mengapa setakat berinai pada jari, asalkan jangan berlebih-lebihan membawa kepada bahagian lain, seperti tapak tangan sehingga menyerupai kaum bukan Islam," katanya.

Beliau menegaskan, Rasulullah s.a.w melarang umatnya menyerupai kaum bukan Islam dalam amalan kehidupan, sebagaimana dijelaskan dalam satu hadis bermaksud:

"Sesiapa yang menyerupai satu kaum maka ia tergolong dalam kumpulan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)

Kata bidalan ada berbunyi 'hidup bersendikan adat, adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitabullah.' Ini menunjukkan orang Melayu turut menekankan prinsip agama dalam mengamalkan adat resam.

Mohd Rani berkata, adat yang tidak ada percanggahan dengan hukum agama boleh diteruskan, tetapi dilarang sama sekali meniru pengaruh budaya asing secara melulu tanpa memikirkan akibatnya.

Jika berinai itu satu adat resam Melayu dan hukumya boleh dilakukan selagi tidak terkeluar daripada lunas Islam, apakah hukumnya perbuatan membuat ukiran pada tangan, lengan dan anggota badan yang lain atau lebih tepat bertatu?

"Berinai itu dibolehkan kerana tidak menyerupai kaum bukan Islam dan selagi ia menggunakan bahan dibenarkan agama, manakala membuat ukiran atau tatu itu haram hukumnya, kerana ia meniru budaya agama lain," katanya.

Dalam hadis riwayat Thabrani, Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang membuat tatu dan minta dibuatkan tatu, mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.

Tatu ialah tanda ukiran pada tangan, muka atau bahagian lain pada badan dan ia bukan adat resam Melayu. Ia adalah pengaruh budaya asing, sesetengahnya baik lelaki mahupun wanita membuat tatu pada bahagian badan mereka.

Bagi mendapatkan tatu, kulit badan biasanya dicucuk dengan jarum atau seumpamanya sehingga keluar darah, kemudian ditabur di atas badan yang dicucuk jarum itu dengan nila atau lain-lain bahan supaya tempat itu menjadi biru atau seumpamanya.

Tujuan bertatu biasanya kerana suka-suka untuk tujuan perhiasan, malah tidak kurang yang melakukannya kerana amalan budaya dalam suku kaum mereka dan melambangkan persembahan agama seperti orang Kristian mengukir lambang salib pada bahagian badan mereka.

Perbuatan itu termasuk juga mengubah ciptaan Allah dan ia adalah haram. Banyak hadis menerangkan Allah dan Rasul-Nya melaknat orang yang melakukan tatu.

"Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma sesungguhnya Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang menyambung rambutnya, yang minta disambungkan, yang menyucuk kulit badan dengan jarum (bertatu) dan yang minta dibuatkan tatu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaharuddin Abd Rahman, dalam tulisannya menegaskan, perbuatan yang buruk itu menjadi semakin besar pengharamannya apabila ia dilakukan dengan menyeksa dan menyakiti badan, iaitu dengan menusuk-nusuk jarum pada badan orang yang ditatu itu.

"Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang mentatu atau orang yang minta ditatu," katanya.

Fatwa dikeluarkan kerajaan Brunei menjelaskan, bagi golongan terbabit (yang melakukan tatu) wajib menghilangkan kesan tatu itu jika diperoleh cara yang selamat dan tidak memudaratkannya.

"Jika tidak dapat dihilangkannya dengan apa juga cara, tidaklah mengapa yang tinggal (dari kesan tatu itu), bolehlah dia melakukan ibadat seperti sembahyang sebagaimana orang Islam yang lain bersembahyang."

Perkara ini sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 286, bermaksud: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan diusahakannya dan ia menanggung dosa kejahatan diusahakannya.."

emel Emel Artikel cetak

Wednesday, May 14, 2008

Awas: Minuman Ribena Dipercayai Ada Kandungan Arak !!


LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya ,selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

[Photo] Pengerusi Masjid Jamek Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.


Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya. Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.- Agensi

Kerajaan Kelantan tak menang tangan rai kedatangan pelancong

KOTA BHARU, 14 Mei (Hrkh) � Setiap hujung minggu iaitu hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad kebelakangan ini pastinya kelihatan bas dan pelbagai jenis kenderaan dari luar Kelantan memenuhi bandar ini.

Jumlah kehadiran pelancong ternyata semakin meningkat selepas pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

Pegawai Penerangan, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Ustaz Mohd Adnan Ohtman berkata, disebabkan jumlah kehadiran begitu mendadak menyebabkan sebahagian pelawat terpaksa menunda tarikh lawatan ke bulan Ogos, September dan Oktober.

�Kami sampai tidak terlayan kerana menerima kehadiran begitu ramai pelawat yang datang untuk melancong sambil mengetahui perkembangan semasa kerajaan negeri,� katanya di sini.

Oleh itu beliau memohon maaf kepada rombongan pelancong yang terpaksa menunda tarikh lawatan memandangkan jadual untuk diadakan taklimat sudah begitu padat.

Beliau ditemui ketika meraikan rombongan dari Perlis, Kedah, PAS Cawangan Taman Mewah, Wilayah Persekutuan dan PAS Cawangan Batu Kurau, Taiping, baru-baru ini.

Hadir sama sama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Perak, Hamdan Fadhil Ahmad dan Penghulu Tanpa Mukim Dun Tanjung Mas, Lim Guang Seng yang juga pegawai khas anggota Parlimen Kota Bharu.

Mohd Adnan juga berkata, Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sentiasa mengalu-alukan kedatangan tetamu (pelancong) ke negeri ini kerana mereka membawa rahmat dan rezeki.

�Rezeki kepada peniaga, pengusaha hotel, pemandu teksi, bas dan banyak lagi pihak lain,� ujarnya.

Hamdan pula mencadangkan program khas perlu diadakan bagi menghimpun penyokong Pakatan Rakyat (PR) khususnya di kalangan anggota Kelab Penyokong PAS sebagai usaha meraikan kerjasama mereka pada pilihan raya umum lalu.

Menurutnya keahlian Kelab Penyokong PAS di kalangan masyarakat Cina dan India di Perak sekarang tidak kurang 1,000 orang. - mj

Tuesday, May 13, 2008

Tidak selamanya saya kekal wakil rakyat Bebas - Ibrahim Ali

KOTA BHARU, 12 Mei (Hrkh) - Anggota Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali membuat pengakuan hanya akan menyertai parti yang benar-benar sesuai dengan perjuangannya.

Beliau berkata, tidak selamanya beliau akan terus kekal sebagai wakil rakyat Bebas.

"Biar pun merasakan begitu selesa dengan keadaan sekarang sebagai wakil rakyat Bebas, tetapi saya tidak menafikan tidak akan terus kekal dengan keadaan itu," katanya selepas menemui Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Kota Darulnaim, semalam.

Pada pilihan raya umum lalu beliau bertanding menggunakan lambang PAS dan mendapat kemenangan besar menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Rasdi Mahamad.

Sebelum itu pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir dan pilihan raya umum ke-11 beliau bertanding di atas tiket Bebas.

Ibrahim berkata, pada pilihan raya umum lalu PAS memberi sokongan padu terhadapnya walau pun tidak menyertai parti itu secara rasmi.

"Dalam pilihan raya baru-baru ini sebagai calon Bebas saya boleh guna simbol seperti kepala harimau, kepala kereta api dan sebagainya.

"Tetapi untuk menjimatkan kos terutamanya saya mengambil keputusan menggunakan simbol bulan," katanya.

Katanya juga beliau tidak perlu tergopoh-gapah untuk menyertai mana-mana parti yang secocok dengan jiwanya kerana masih banyak masa lagi untuk berbuat demikian.

Namun kata beliau buat masa sekarang lebih baik kekal sebagai Bebas bagi memudahkan menegur mana-mana pihak yang didapati bersalah.

"Sekiranya saya dianggap lantang sewaktu mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen, tindakan itu tidak akan mengganggu imej parti yang disertainya," tambahnya.

Beliau menegaskan tetap akan bersuara menyokong perkara yang betul walaupun dibuat kerajaan pusat atau kerajaan negeri.

"Alhamdulillah Tok Guru bersetuju dengan pendirian saya itu dan saya tidak ada niat lebih daripada itu," ujarnya.

Pertemuan tersebut berlangsung selama sejam. Ibrahim turut menjelaskan beberapa isu yang berbangkit termasuk pendiriannya terhadap Karpal Singh.

Monday, May 12, 2008

Kelantan pelopor institusi kewangan Islam

Kelantan dianggap pelopor kepada kewujudan institusi kewangan Islam di negara ini, apabila bertindak memindahkan akaun kerajaan negeri daripada bank konvensional kepada Bank Islam ketika mengambil alih teraju negeri ini pada 1990.

Ekoran itu, institusi kewangan Islam terus berkembang sehingga lahir kaunter-kaunter perbankan Islam di bank konvensional di seluruh negara.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan kerajaan negeri memindahkan akaun ke Bank Islam menyebabkan seramai 13 pegawai dari pelbagai bank datang merayu supaya tidak dipindahkan wang dari bank mereka.

�Mereka datang berjumpa saya dan membuat rayuan agar kerajaan negeri tidak akan mengeluarkan wang simpanan dari bank mereka,� katanya ketika merasmikan Pusat Pemasaran RHB Islamic Bank Kota Bharu, di sebuah hotel di sini, petang semalam.

Bagaimanapun kata beliau, rayuan berkenaan ditolak dengan alasan yang kukuh sehingga akhirnya pihak terbabit terpaksa akur dengan keputusan itu.

�Pertama sekali saya sebagai ketua kerajaan ingin tepati janji saya kepada rakyat bahawa perjuangan Islam yang kami dokongi tidak akan bersekongkol dengan institusi bank yang berasaskan riba.

�Keduanya setiap tahun PAS mengadakan muktamarnya, jadi saya tidak mahu ahli-ahli parti mempersoalkan kenapa saya masih menggunakan institusi kewangan yang tidak berlandaskan Islam,� ujarnya.

Tegas beliau apa yang dilakukan dalam pentadbiran negeri adalah untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Beliau berkata, ekoran ketegasan kerajaan negeri memilih bank berteraskan Islam menyebabkan banyak institusi kewangan konvensional turut menggunapakai kaedah tersebut.

Beliau berharap kelahiran insitusi kewangan Islam akan memberi peluang yang lebih luas pada rakyat berurusan dan tidak membiarkan mereka dihimpit sistem riba.

�Saya ingin sekali mengucapkan tahniah di atas perubahan yang ada ini dan berharap semoga RHB Islamic Bank terus unggul sebagai institusi kewangan yang berdaya maju terulung di negara ini,� ujarnya.

Menurutnya, bersesuaian Kota Bharu diisytiharkan sebagai Bandar Raya Islam beliau berharap RHB menjadi pemangkin perkembangan ekonomi Islam dalam urusan perbankan.

Katanya, kerajaan negeri akan sentiasa memberi kerjasama kepada mana-mana institusi kewangan bagi meningkatkan prestasi perbankan Islam.

Pengerusi RHB Islamic Bank, Vasihar Hassan Abdul Razak berkata, RHB Islamic Bank merupakan institusi kewangan berteras Islam pertama mempunyai gabungan ahli lembaga syariah dari dalam dan luar negara.

Menurutnya, perkembangan ini amat penting memandangkan setiap produk yang bakal dikeluarkan perlu menepati isu-isu tempatan dan antarabangsa. Beliau juga turut berkeyakinan rakyat di negeri ini akan terus menyokong perbankan Islam selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk �Membangun Bersama Islam�.

Katanya juga, RHB Islamic Bank melihat Kelantan sebagai pusat perniagaan yang berpotensi besar. �RHB Islamic Bank mula beroperasi pada 16 Mac lalu, ini bermakna usia bank ini baru tujuh bulan. Biar pun masih baru namun ia memiliki pengalaman lebih 12 tahun dalam perbankan Islam.

�Bank ini juga merupakan pemain penting dalam industri perbankan Islam tempatan sejak pengenalan skim perbankan Islam diperkenalkan Bank Negara pada tahun 1993,� ujarnya.

Malaysia launches multimillion-dollar "halal hub"

Largely Muslim Malaysia has launched a "halal hub" in an effort to become a global centre for exporting products that conform with Islamic traditions.

The 10-million ringgit (2.73-million dollar) hub was launched by Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi on Monday.

It will be located in northern Perlis state which borders Thailand's majority-Muslim southern provinces.

The hub will be a processing and marketing centre for halal food as well as other goods such as pharmaceuticals and beauty products, said the Bernama news agency.

Halal food production zones are already operating or being built in six Malaysian states, and a sprawling halal distribution hub has been built at a duty-free shipment zone in southern Johor state, on the busy Malacca strait.

The concept of halal -- meaning "permissible" in Arabic -- has traditionally been applied to food. Pork and its by-products, alcohol and animals not slaughtered according to Koranic procedures are all forbidden.

Other goods and services can also be certified halal, including cosmetics, clothing, pharmaceuticals, financial services and even tour packages.

Malaysia has been aggressively marketing itself as a global centre for the manufacture and export of halal products, in line with its moderate version of Islam that emphasises economic and scientific progress.

Halal industry insiders say the demand for their products is not due to rising fundamentalism, but simply that Muslims are more aware of religious practices and have better product choices.

Kelantan bakal miliki pelabuhan sendiri

PENGKALAN CHEPA,
Kelantan yang kini semakin sendat dengan pelbagai projek pembangunan akan terus melangkah ke hadapan apabila projek pembinaan pelabuhan menjadi realiti tidak lama lagi.

Pelabuhan itu dijangka dibina di Pantai Sabak dekat sini. Ia bakal menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, projek pembinaan pelabuhan itu kini masih lagi di peringkat kertas kerja untuk diangkat bagi mendapat kelulusan kerajaan negeri.

Katanya, ada pihak yang berminat untuk membina pelabuhan tersebut memandangkan lokasinya begitu strategik kerana menjadi laluan terdekat menghubungkan Bangkok dan China.

�Selain itu di kawasan yang sama sebuah syarikat berminat untuk membina sekolah penerbangan untuk melatih juruterbang terlatih,� katanya pada satu majlis anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di sini, baru-baru ini.

Pantai Sabak mempunyai nostagia tersendiri bagi rakyat negara ini apabila ia menjadi lokasi pertama pendaratan tentera Jepun di Tanah Melayu ketika perang Dunia Kedua.

Bagaimanapun pantai itu kini banyak terhakis akibat hakisan ombak. Namun kerja-kerja pembinaan benteng yang dijalankan sekarang berjaya mengurangkan hakisan tersebut.

Pada majlis yang sama Mohd Amar juga berkata, sehingga kini terdapat 3,000 jawatan kosong di kawasan perindustrian Padang Tembak dalam pelbagai sektor pekerjaan.

Oleh itu, katanya, tidak timbul isu yang mengatakan kerajaan negeri tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, umat Islam harus mencontohi akhlak yang ditunjukkan Nabi Muhammad s.a.w.

�Namun malangnya umat Islam sekarang hanya menyambut Maulidur Rasul dengan berarak beramai-ramai tetapi tidak mengambil intipati daripada perjuangan Nabi s.a.w.

�Kalau setakat berarak beramai-ramai ke hulu ke hilir, tetapi tidak menghayati sirah Nabi, baik tidak payah mengadakan Maulidur Rasul,� katanya.