Ekoran itu, institusi kewangan Islam terus berkembang sehingga lahir kaunter-kaunter perbankan Islam di bank konvensional di seluruh negara.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan kerajaan negeri memindahkan akaun ke Bank Islam menyebabkan seramai 13 pegawai dari pelbagai bank datang merayu supaya tidak dipindahkan wang dari bank mereka.
�Mereka datang berjumpa saya dan membuat rayuan agar kerajaan negeri tidak akan mengeluarkan wang simpanan dari bank mereka,� katanya ketika merasmikan Pusat Pemasaran RHB Islamic Bank Kota Bharu, di sebuah hotel di sini, petang semalam.
Bagaimanapun kata beliau, rayuan berkenaan ditolak dengan alasan yang kukuh sehingga akhirnya pihak terbabit terpaksa akur dengan keputusan itu.
�Pertama sekali saya sebagai ketua kerajaan ingin tepati janji saya kepada rakyat bahawa perjuangan Islam yang kami dokongi tidak akan bersekongkol dengan institusi bank yang berasaskan riba.
�Keduanya setiap tahun PAS mengadakan muktamarnya, jadi saya tidak mahu ahli-ahli parti mempersoalkan kenapa saya masih menggunakan institusi kewangan yang tidak berlandaskan Islam,� ujarnya.
Tegas beliau apa yang dilakukan dalam pentadbiran negeri adalah untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat.
Beliau berkata, ekoran ketegasan kerajaan negeri memilih bank berteraskan Islam menyebabkan banyak institusi kewangan konvensional turut menggunapakai kaedah tersebut.
Beliau berharap kelahiran insitusi kewangan Islam akan memberi peluang yang lebih luas pada rakyat berurusan dan tidak membiarkan mereka dihimpit sistem riba.
�Saya ingin sekali mengucapkan tahniah di atas perubahan yang ada ini dan berharap semoga RHB Islamic Bank terus unggul sebagai institusi kewangan yang berdaya maju terulung di negara ini,� ujarnya.
Menurutnya, bersesuaian Kota Bharu diisytiharkan sebagai Bandar Raya Islam beliau berharap RHB menjadi pemangkin perkembangan ekonomi Islam dalam urusan perbankan.
Katanya, kerajaan negeri akan sentiasa memberi kerjasama kepada mana-mana institusi kewangan bagi meningkatkan prestasi perbankan Islam.
Pengerusi RHB Islamic Bank, Vasihar Hassan Abdul Razak berkata, RHB Islamic Bank merupakan institusi kewangan berteras Islam pertama mempunyai gabungan ahli lembaga syariah dari dalam dan luar negara.
Menurutnya, perkembangan ini amat penting memandangkan setiap produk yang bakal dikeluarkan perlu menepati isu-isu tempatan dan antarabangsa. Beliau juga turut berkeyakinan rakyat di negeri ini akan terus menyokong perbankan Islam selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk �Membangun Bersama Islam�.
Katanya juga, RHB Islamic Bank melihat Kelantan sebagai pusat perniagaan yang berpotensi besar. �RHB Islamic Bank mula beroperasi pada 16 Mac lalu, ini bermakna usia bank ini baru tujuh bulan. Biar pun masih baru namun ia memiliki pengalaman lebih 12 tahun dalam perbankan Islam.
�Bank ini juga merupakan pemain penting dalam industri perbankan Islam tempatan sejak pengenalan skim perbankan Islam diperkenalkan Bank Negara pada tahun 1993,� ujarnya.
No comments:
Post a Comment