KOTA BHARU, 14 Mei (Hrkh) � Setiap hujung minggu iaitu hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad kebelakangan ini pastinya kelihatan bas dan pelbagai jenis kenderaan dari luar Kelantan memenuhi bandar ini.
Jumlah kehadiran pelancong ternyata semakin meningkat selepas pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.
Pegawai Penerangan, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Ustaz Mohd Adnan Ohtman berkata, disebabkan jumlah kehadiran begitu mendadak menyebabkan sebahagian pelawat terpaksa menunda tarikh lawatan ke bulan Ogos, September dan Oktober.
�Kami sampai tidak terlayan kerana menerima kehadiran begitu ramai pelawat yang datang untuk melancong sambil mengetahui perkembangan semasa kerajaan negeri,� katanya di sini.
Oleh itu beliau memohon maaf kepada rombongan pelancong yang terpaksa menunda tarikh lawatan memandangkan jadual untuk diadakan taklimat sudah begitu padat.
Beliau ditemui ketika meraikan rombongan dari Perlis, Kedah, PAS Cawangan Taman Mewah, Wilayah Persekutuan dan PAS Cawangan Batu Kurau, Taiping, baru-baru ini.
Hadir sama sama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Perak, Hamdan Fadhil Ahmad dan Penghulu Tanpa Mukim Dun Tanjung Mas, Lim Guang Seng yang juga pegawai khas anggota Parlimen Kota Bharu.
Mohd Adnan juga berkata, Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sentiasa mengalu-alukan kedatangan tetamu (pelancong) ke negeri ini kerana mereka membawa rahmat dan rezeki.
�Rezeki kepada peniaga, pengusaha hotel, pemandu teksi, bas dan banyak lagi pihak lain,� ujarnya.
Hamdan pula mencadangkan program khas perlu diadakan bagi menghimpun penyokong Pakatan Rakyat (PR) khususnya di kalangan anggota Kelab Penyokong PAS sebagai usaha meraikan kerjasama mereka pada pilihan raya umum lalu.
Menurutnya keahlian Kelab Penyokong PAS di kalangan masyarakat Cina dan India di Perak sekarang tidak kurang 1,000 orang. - mj
No comments:
Post a Comment