| Saya bukan orang asal KL. Saya orang luar yang mencari rezeki di KL. Semasa kanak-kanak, salah satu impian saya adalah berkunjung ke KL. Hasrat itu tercapai ketika usia saya 9 tahun. Saya ke KL, ikut rombongan orang kampung. Tempat dilawati Muzium Negara, Masjid Negara dan Zoo Negara. Sekali pun sudah terlalu lama, kenangan itu masih segar di mata. Tetapi saya tertanya-tanya di mana kuala berlumpur itu? Pada pagi Isnin, 11 Jun lalu, selepas turun dari bas ekspres berhampiran Pasar Seni, saya yang menyusuri tebing Sungai Klang untuk ke Stesen LRT Masjid Jamek, terkejut melihat �suasana kelam-kabut� di jalan raya dan bangunan berhampiran sungai. Sampah-sarap dan lumpur memenuhi tempat tertentu. Pekerja bertungkus-lumus membersihkan jalan raya. Semakin hampir ke stesen LRT, keadaan kelihatan semakin kecoh. Sampah-sarap dan lumpur semakin banyak. Apa sudah jadi dengan KL? hati saya tertanya-tanya. Di seberang Sungai Klang, saya lihat sebahagian tembok Masjid Jamek runtuh. Beberapa bongkah batu daripada tembok itu bertaburan di tebing sungai. Beberapa batang paip � pada anggapan saya paip air � tercabut dan kelihatan lintang pukang di tepi tembok runtuh itu. Ramai sungguh pekerja di pekarangan Masjid Jamek. Ada memeriksa tembok runtuh. Ada menyapu sampah-sarap. Ada menyodok kotoran dan lumpur tetapi yang paling ramai sedang membersihkan lantai masjid. Berhampiran stesen LRT, saya lihat seorang pekerja mengalihkan sampah-sarap yang bertimbun. Saya pun menghampirinya dan bertanya, apa sudah jadi dengan KL. Dia acuh tak acuh, jadi saya tinggalkannya. Mungkin dia sibuk dan tidak ada masa untuk melayan saya. Selepas melepasi �pintu tiket�, saya �tumpang semangkuk� perbualan rancak seorang petugas LRT berunifom dengan rakannya mengenai apa yang kemudian saya difahami �banjir besar' di KL�. Dari tempat perbualan itu nampak jelas Sungai Klang di bawah dan Masjid Jamek di seberang sungai. Selepas rakannya �blah� saya pun mengajukan pelbagai soalan kepada petugas beruniform itu. Maklumlah, bukankah saya seorang wartawan! Perasaan ingin tahu itu (menyibuk) sentiasa bersarang di hati. Sebagai �orang luar�, saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di KL pada hari sebelumnya (Ahad, 10 Jun). Petugas itu menerangkan pada hari itu KL, khasnya di kawasan pertemuan Sungai Klang-Gombak (daripada lokasi pertemuan dua sungai inilah asalnya nama Kuala Lumpur), telah dilanda banjir yang agak besar. Sambil berbual itu, petugas itu menunjukkan kepada saya tanda ukur di Sungai Klang. Beliau mendakwa paras air mencapai 30 kaki iaitu angka paling tinggi pada pengukur itu. Lantai Masjid Jamek dan lantai bahagian bawah stesen LRT ditenggelami air, dakwanya. Saya bertanya kesan teruk banjir itu. Petugas itu mendakwa beberapa kereta dihanyutkan air ke pekarangan Masjid Jamek. Bagaimanapun, disebabkan banyak halangan seperti pokok dan tembok, tiada kereta yang terhumban ke dalam Sungai Klang. Beberapa kereta tersangkut dengan bahagian tertentu diseliputi sejadah, mungkin dari masjid, katanya. Beliau memberitahu karpet masjid rosak dalam kejadian itu. Petugas itu memberitahu saya, tembok masjid itu pernah runtuh dalam satu kejadian yang hampir sama pada 2003. Tetapi kali ini lebih teruk, katanya, menunjuk kepada bongkah batu yang terjatuh. Selepas berbual, saya bergegas untuk menaiki tren. Aduh, tangga bergerak tidak berfungsi. Maka terpaksalah saya �menapak�. Tinggi pula tu! Demikianlah, setiap kali kejadian seperti banjir, orang awamlah yang paling menderita. Jika untuk menaiki tangga saja, saya sudah mengeluh, bagaimana nasib pekedai, dan golongan lain yang kerugian beribu-ribu ringgit akibat banjir itu! Di pejabat, 'banjir besar' KL menjadi perbualan hangat. Ramai yang marah dengan menteri yang heboh dengan projek SMART. Seorang rakan memberitahu rumahnya pun dimasuki air. Syukur, tidak tinggi sangat, jadi sempatlah dia menyelamatkan peralatan dalam rumah seperti peti TV. PM Abdullah Ahmad Badawi pun marah pasal banjir itu. Seorang rakan berlawak, Pak Lah tak patut marah sebab KL itu adalah singkatan Kuala Lumpur. Biasalah di kuala pertemuan Sungai Klang/Gombak, lumpur akan 'naik' sekali-sekala. Tepatlah namanya yang menggambarkan kuala berlumpur. Beliau meneruskan lawaknya; kalau tak nak lumpur, namakan saja ibu kota Malaysia ini sebagai Kuala Selamat, Kuala Bersih atau susah sangat Kuala Hadhari! Geram dan sakit hati juga saya mendengar lawak tak bertempat ini! |
Tuesday, May 20, 2008
Suatu pagi di kuala berlumpur
LanH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment